Thursday 5 April 2012

cinta

Hari ini aku ingin berbicara denganmu,
kerana aku sudah tidak punya upaya,
fikiranku buntu dan serabut...

Aku sungguh sedih,
sedih kerana merasakan diriku ini tidak dihargai.
Mahu saja aku meraung sekuat hati,
meluahkan apa yang terbuku di hati,
tetapi oleh kerana aku masih ada perasaan malu,
aku pendam dan simpan sahaja dalam hati...

Patutkah aku merasa kecewa dan hampa,
bila merasakan diri ini tidak dihargai?
Ini bukan sekali, tapi sudah berkali-kali,
Patutkah aku meluahkan apa yang terbuku di hati?

Atau simpan sahaja perasaan kecewa dan hampa itu,
sambil berserah sahaja pada Allah dan berdoa,
moga-moga hatiku menjadi tenang,
dan moga-moga hatiku bisa memberi kata maaf,
agar sengketa di hati tidak berpanjangan...

Tentang dia...???
Pedulikan dia...
Aku doakan moga-moga dia sedar akan perbuatan dan khilafnya...

Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan berikanlah aku petunjuk,
agar aku mampu membuat keputusan yang wajar,
dan terbaik buatku dan buat kami semua...

Sebagai manusia, aku pasrah...
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah,
cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan
hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan
tindakannya itumembuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan
melakukannya lagi.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan,walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak
 mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,
dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya,
 dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan
 kenapa dia mencintai kamu.Yang dia tahu di hati dan matanya hanya
ada kamu satu-satunya.

Cinta bukanlah pertandingan dimana kau harus menang
dan menaklukkan lawan di kakimu.

Cinta bukanlah permainan dimana kau bersikap bebas
 tanpa menyadari erti dari keagungannya....

Cinta bukanlah bagaimana meraihnya namun bagaimana kau menjaga
serta bagaimana kau mempertahankannya....

Cinta bukanlah tempat pelarian namun tempat dimana kau mencurahkan
serta tempat bawah sadarmu yang nyata.....

Cinta tidak sekadar tatapan mata yang dapat menipu sesama sendiri,
 namun lebih dari itu, ia datang dari hati....

Cinta tidak sekadar sebuah ciuman yang menantang tapi mudah ditaklukkan,
 namun lebih dari itu,ia meliputi seluruh diri...

Wednesday 4 April 2012

hopefully everything will be GOOD

assalamualaikum...
first sekali aku nak bersyukur sangat2 sebab sekarang dah masuk bulan april..
hopefully semuanya akan kembali seperti sediakala..
MARCH is very BAD!!!
mula dari bulan march sampai hujung bulan ada je perkara yang tak kena....pusing2.. huh!
kepada suma kawan2 aku, disini aku nk mohon maaf (even harini bukan hari raya) sekiranya aku ada melakukan kesalahan atau 'mentouchingkan' hati dan perasaan anda..


Untuk bulan april ni aku kena kuatkan semangat study sampai lewat malam (cewah ayat gelabah katak je)... yela mana takny final exam untuk sem ni pun tinggal lagi beberapa minggu... 
kali ni aku kena ulangkaji pelajaran dengan sebaik mungkin...sebabnya sejak akhir2 ni aku rasa otak aku ni macam loading semacam je....macam mana ha nk kasi ingatan ni kuat sikit???

"kekadang tu tertanya-tanya jugak macam mana nak jadi pandai ha??"
"bagaimana mereka yang bijak2 belaka tu study??"
wakeup la beb mereka study xmacam hang! hang tu da la suka malas2...pastu ada je alasan nak bagi..
itu tak kena, ini tak kena..macam-macam! (ini la attitude aku yang aku sendiri tak berkenan)

walau pape pun aku akan cuba ubah apa yang patut diubah..tapi kadang2 perubahan kita ni dijadikan isu...apa cite??? kalau macam ni susah la..kalau boleh jugak aku tak nak orang salah tafsir,fikir bukan2..tertanya-tanya "eh kenapa dia ni lain macam je??" 

itu pun kalau boleh la kan..tapi tak pe setiap orang berhak untuk berkata-kata..yang penting aku tahu apa yang aku buat dan terbaik untuk diri aku..senyum tak perlu kata apa-apa =))