Sunday 9 December 2012

bila Allah menduga kita

assalamualaikum...have a nice day..

beberapa hari ni sedih je rasa...tapi walau pape pun aku kena kuat...xblh lemah...masih banyak yang perlu dilaksanakan....setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya...mungkin Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita...sabarlah duhai hati..lets bygones be bygones..trust, everything gonna be ok!

Thursday 6 December 2012

^_^

assalamualaikum....hai2~
apa habaq anda suma....moga baik2 salu...serabut wey tggu result kuar...hopefuly result aku ok dan tdk menghampakn... 
pasni nk cari keja lak...kumpul duit untuk smbg degree lak...insyaAllah klu da rzki..keinginan nak sambung bljr mmg membuak-buak skrg ni...tp aku nk teruskn dengan apa yg ada sekarang....in future aku harap sumanya baik2 je dan memenuhi impian aku...amin...

Tuesday 20 November 2012

Friday 9 November 2012

kesunyian melanda!

salam petang jumaat  ^_^

suasana kat umah sewa ptg ni sunyi je...nk thu tak sbbny??? ada housemate aku yang blik kg & p klas..sunyi je rasa..sbb sunyi & tak thu nk buat pe, td aku da packing suma barang2 aku..tggl bapa helai je baju utk pakai masa final exam nnt..cadangnya nk tdo lps blik dari presentation tp mata ni bergurau gurau lak xnk tdo! bosannnn wey....nyanyi jom!

Tuesday 6 November 2012

yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan

assalamualaikum! selamat malam!

tetiba jari jemari ni rasa nak menaip naip lak..aku ni x salu pun update blog ni..ikut mood jgk la, so mlm ni ada mood nak update lak...hmmm..(mengeluh keras)..bertemankan malam yang masih muda ni cam sedih-sedih lak aku rasa..thn ni merupakan thn akhir aku sebagai student diploma..tinggal brpa mggu je lagi nak habiskan saki baki pengajian aku kat sini..hopefuly final exam aku nanti xda pape mslh dan aku dapat buat yang terbaik. nak cite pasal kenangan kat sini memang banyak la kn..xkira la pahit ke manis ke masam pun boley la,,apa-apa pun suma ni la yang mengajar aku untuk jadi kuat dan berdikari diatas kaki sendiri...macam-macam ragam manusia kat dunia ni kan..apa yang penting kita kena pandai bezakan mana baik mana buruk..dengki mendengki, kutuk mengutuk tu perkara biasa la...aku pun kadang-kadang buat perkara yang sama jgk..tp xda la sampai tahap dengki terlampau tu~~tu la kan manusia ni xlari dari kesilapan..untuk suma housemate aku , pasni cnfrm aku rindu korg suma...




we're friends forever


Saturday 20 October 2012

salam sabtu ^_^

Assalamualaikum uOlls~~

anda rasa awesome tak harini..? hari ni hari sabtu yaw.. 20 oktober yaw..saja nk bgthu..actually hari ni birthday ayah aku yang ke 55 then aku nk ucapkan slmt hari lahir yang ke 55 untuk ayah, semoga panjang umo, murah rezeki & bahagia selalu disamping mak & anak-anak ayah..

lama jgk kn aku x update blog ni..cian ke die yerr..ptg ni aku da event mkn2 ckit. ala dikira mcm dinner la gamaknya kot..aku kena jadi MC wey..klu majlis mcm x formal tu boley la aku tibai pape nk cakap pown..kali ni mcm formal ckit so aku kena la prepare skrip. nk spontan tu boley je tapi takut gak arr tiba2 lidah ni jadi kelu, tak ke mampuih aku..hopefully dinner malam ni berjln dgn lancar mengikut perancangan yang dorg2 ni rancang..ha ni ada ckit tentatif pe yang bakal jd mlm nanti yaw~


8.30   : ketibaan tetamu2
8.45   : bacaan doa - perasmian
9.00   : ucapan tetamu jemputan
9.15   : bacaan doa - makan
9.20   : menjamu selera
9.45   : ucapan dari wakil kelas - DAT6C
                                                - DAT6B
                                                - DAT6A
10.00 : sesi bergambar & majlis bersurai (yeayyy boley balik!)




Friday 19 October 2012

HIDUP INI UMPAMA DUA PERMUKAAN SYILING

Hidup ini umpama dua permukaan duit syiling yang mana satunya berupa dugaan manakala yang lainnya berupa nikmat dan apabila duit syiling dilambung ke udara lalu jatuh, anda tidak tahu sama ada anda akan mendapat muka atau ekor. ada ketikanya anda mendapat masalah yang tidak menyenangkan tapi pada waktu yang lain anda mendapat pula perkara yang positif dan menyenangkan. Anda tidak perlu tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Anda mesti tahu apa yang perlu anda lakukan disaat dugaan menimpa atau disaat menerima nikmat. kita selalu berada dalam salah satu bentuk persoalan ini, sama ada susah atau senang, sedih atau bahagia. Inilah yang terjadi dalam hidup kita.Hidup tidak perlu terlalu sempurna sehingga kita selalu berada diatas. Namun hidup juga tidak pernah terlalu buruk sehingga menenggelamkan seseotang terus menerus di dasar jurang kehidupan.

P/S : LIFE MUST GO ON...DON'T GIVE UP..^_^

Friday 3 August 2012

salam ramadhan al-mubarak

Assalamualaikum....selamat pagi...salam 1 Malaysia...^_^

lama da x mencoret-coret something kat blog ni kan...fuh2~~ da berhabuk kot..xda motif yang utama nak cakap pun sebenarnya, agaknya belum terlambat kot aku nak ucapkan salam ramadhan buat semua umat islam di dunia ini..sebenarnya aku xda tido lg ni disebabkan oleh kertas kerja yang harus aku siapkan utk ACC Club..suma ni kerana format kertas kerja da tukar baru...aku kena type dan edit semula...ohh~ betapa hancur hati aku bila da sorang housemate aku tegur " eh kertas keja ni masih pakai format lama eh??? " aku jd blur jap, hati berkata-kata " ada format baru ke?? " lantas aku suarakan...kecewa gila superb kot,(dalam hati sumpah seranah) aku da salah buat..da siap print lak tu..last-last aku tabahkan jugak hati ni buat semula sampai la skrg ni xtdo2 pun lg wey~~ aku tgk housemate2 aku sonok je tdo..nak tdo jgKkkK!
kul 10 da klas dapat tdo jap pun jadi la..huh!

Thursday 5 April 2012

cinta

Hari ini aku ingin berbicara denganmu,
kerana aku sudah tidak punya upaya,
fikiranku buntu dan serabut...

Aku sungguh sedih,
sedih kerana merasakan diriku ini tidak dihargai.
Mahu saja aku meraung sekuat hati,
meluahkan apa yang terbuku di hati,
tetapi oleh kerana aku masih ada perasaan malu,
aku pendam dan simpan sahaja dalam hati...

Patutkah aku merasa kecewa dan hampa,
bila merasakan diri ini tidak dihargai?
Ini bukan sekali, tapi sudah berkali-kali,
Patutkah aku meluahkan apa yang terbuku di hati?

Atau simpan sahaja perasaan kecewa dan hampa itu,
sambil berserah sahaja pada Allah dan berdoa,
moga-moga hatiku menjadi tenang,
dan moga-moga hatiku bisa memberi kata maaf,
agar sengketa di hati tidak berpanjangan...

Tentang dia...???
Pedulikan dia...
Aku doakan moga-moga dia sedar akan perbuatan dan khilafnya...

Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan berikanlah aku petunjuk,
agar aku mampu membuat keputusan yang wajar,
dan terbaik buatku dan buat kami semua...

Sebagai manusia, aku pasrah...
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah,
cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan
hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan
tindakannya itumembuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan
melakukannya lagi.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan,walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak
 mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,
dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya,
 dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya.

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan
 kenapa dia mencintai kamu.Yang dia tahu di hati dan matanya hanya
ada kamu satu-satunya.

Cinta bukanlah pertandingan dimana kau harus menang
dan menaklukkan lawan di kakimu.

Cinta bukanlah permainan dimana kau bersikap bebas
 tanpa menyadari erti dari keagungannya....

Cinta bukanlah bagaimana meraihnya namun bagaimana kau menjaga
serta bagaimana kau mempertahankannya....

Cinta bukanlah tempat pelarian namun tempat dimana kau mencurahkan
serta tempat bawah sadarmu yang nyata.....

Cinta tidak sekadar tatapan mata yang dapat menipu sesama sendiri,
 namun lebih dari itu, ia datang dari hati....

Cinta tidak sekadar sebuah ciuman yang menantang tapi mudah ditaklukkan,
 namun lebih dari itu,ia meliputi seluruh diri...

Wednesday 4 April 2012

hopefully everything will be GOOD

assalamualaikum...
first sekali aku nak bersyukur sangat2 sebab sekarang dah masuk bulan april..
hopefully semuanya akan kembali seperti sediakala..
MARCH is very BAD!!!
mula dari bulan march sampai hujung bulan ada je perkara yang tak kena....pusing2.. huh!
kepada suma kawan2 aku, disini aku nk mohon maaf (even harini bukan hari raya) sekiranya aku ada melakukan kesalahan atau 'mentouchingkan' hati dan perasaan anda..


Untuk bulan april ni aku kena kuatkan semangat study sampai lewat malam (cewah ayat gelabah katak je)... yela mana takny final exam untuk sem ni pun tinggal lagi beberapa minggu... 
kali ni aku kena ulangkaji pelajaran dengan sebaik mungkin...sebabnya sejak akhir2 ni aku rasa otak aku ni macam loading semacam je....macam mana ha nk kasi ingatan ni kuat sikit???

"kekadang tu tertanya-tanya jugak macam mana nak jadi pandai ha??"
"bagaimana mereka yang bijak2 belaka tu study??"
wakeup la beb mereka study xmacam hang! hang tu da la suka malas2...pastu ada je alasan nak bagi..
itu tak kena, ini tak kena..macam-macam! (ini la attitude aku yang aku sendiri tak berkenan)

walau pape pun aku akan cuba ubah apa yang patut diubah..tapi kadang2 perubahan kita ni dijadikan isu...apa cite??? kalau macam ni susah la..kalau boleh jugak aku tak nak orang salah tafsir,fikir bukan2..tertanya-tanya "eh kenapa dia ni lain macam je??" 

itu pun kalau boleh la kan..tapi tak pe setiap orang berhak untuk berkata-kata..yang penting aku tahu apa yang aku buat dan terbaik untuk diri aku..senyum tak perlu kata apa-apa =))


Sunday 25 March 2012

i'am sorry...

to anne biella rani, i'm sorry..there is no intention to make u feel upset or 'tersentap'...i'm really2 sori..
no matter happens i will support u..
xbermakna aku marah aku xsayang hang..
xbermakna aku jauh aku xambil tahu tentang hang..
sori sgt2..

Saturday 17 March 2012

Terukir Di Bintang

jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untuk mu
jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia 

hati ini bukan milikku lagi
seribu tahun pun akan ku nanti kan kamu 
sayang ku jangan kau persoalkan siapa dihati ku 
terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku pada mu

hati ini bukan milikku lagi
seribu tahun pun akan ku nanti kan kamu 
sayang ku jangan kau persoalkan siapa dihati ku 
terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku pada mu

sayang ku jangan kau persoalkan siapa dihati ku 
terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku pada mu

terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku pada mu.... :)

Friday 16 March 2012

semua tentang kita...

assalamualaikum...
sebagai pembukaan entri kali ni aku nk kenalkan ckit psal diri aku..
nama aku NURUL JANNAH BINTI JANANOOR...Jananoor tu nama ayah aku tau..boley pggil aku Nurul atau Jannah dan nama yg slalu housemate2 aku panggil aku adalah 'Jenny atau Jany'...mcm mn boley jd cam tu pun xthu la..tapi  nama tu just housemate2 aku je yg boley pggil tau! org lain tidak digalakkan sama sekali.. aku masih lg seorang student dan ni tahun terakhir aku sebelum diiktiraf sebagai pemegang diploma in accountancy..
actually bukan nama yg nk distory kan...aku nk story pasal sambutan bufday salah seorg housemate aku yg jtuh pada hari ini...

 
yeah ini lah orgnya...Nor Azila Basil..hepy bufday to u~~ 

harini bufday si ziela ni...dia ni mmg kuat knakan org kot..so sempena bufday dia kitorg satu umah lak yang kenakan dia dengan menyediakan set mandian tepung dan juga barang2 mandian yang telah expired..hah ambik kau nyah~~ 
tp pape pun thanks ziela sbb blanja ktorg suma even harini birthday kau..huhu 

 
pic ni di snap sebelum msuk klas FA...

 



 
yang ni lak kat mcd..pas hbis klas terus bergegas kesini sbb 'bufday girl' nk blnja.. 

agenda seterusnya mereka2 ni ajak g pusing2 kat lost world lak...klu pusing2 tu xsah la klu xsnap pic kn...hah tengok yang ni lak.. 






next destination please! 
da penat la...makan suda..bergambar pun suda,,,skrg masanya untuk pulang.. 
walaupun penat suma hepy kn..agak2 nya bila lg ye dapat kuar beramai2 mcm ni...??

Saturday 10 March 2012

1st time berbelog :)

Assalamualaikum...
actually ni first time aku berbelog...
sebelum2 ni mmg tingin nk buat then mmg suka bc blog2 org...
so selepas aku diberi tunjuk ajar oleh sorg mmber aku ni tetiba excited lak..kira ni first entri aku la ye..